NUFFNANG

Wednesday, January 6, 2016

Elakkan berhutang dengan PTPTN! Jom buat simpanan pendidikan bertakaful bersama MAA Takaful untuk anak anda!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Harini saya nak kongsikan satu tips untuk menyimpan duit untuk pembelajaran anak-anak anda tanpa membebankan mereka dengan hutang PTPTN. Seperti yang kita tahu, kebanyakan ibu-bapa mempunyai impian untuk melihat anak mereka menyambung pelajaran sehingga ke menara gading. Akan tetapi kos pembelajaran yang tinggi memaksa setiap pelajar membuat pinjaman pelajaran dengan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional. Tahukah anda, bahawa PTPTN mengenakan caj pentadbiran dan juga caj faedah ke atas peminjam? Ini bermakna, setiap pelajar akan mempunyai hutang sebanyak RM20-50ribu setelah tamat belajar dan membebankan mereka sebagai 'fresh graduate' yang tidak mempunyai pekerjaan setelah tamat belajar. Dibawah ini saya kongsikan beberapa keratan akhbar mengenai kesan pinjaman wang PTPTN.



Jadi untuk tidak membebankan anak anda dengan hutang setelah habis belajar, apa kata kita mula menyimpan untuk mereka agar tidak terbeban dengan hutang yang tinggi setelah tamat belajar. Anda pernah dengar tak pasal simpanan insurans ni? Ok kalau tak pernah, Hari ni saya nak kongsikan apa itu simpanan pendidikan berinsurans bersama MAA Takaful.

Simpanan bertakaful MAA adalah simpanan yang dilaburkan di dalam dana syariah, yang menepati segala aspek- aspek yang telah ditetapkan dalam islam. Dana ini juga dilindungi oleh PDIM yang menjaga institusi perbankan dan insurans sekiranya terjadi apa-apa kepada syarikat pelaburan. Ok disini saya sertakan jadual simpanan dan jumlah anggaran pendapatan yang bakal pencarum akan dapat setelah sijil tamat tempoh.


Cuba kita lihat kepada jadual tersebut. sekiranya anda memulakan tabungan untuk anak anda sejak umur satu tahun dengan jumlah simpanan RM100 sebulan, anggaran pendapatan apabila sijil matang adalah RM25,930.00. Jumlah ini termasuk dengan perlindungan peribadi, termasuk perlindungan kemalangan, khairat kematian, elaun ward, dan dana penyakit kritikal untuk anak anda. Ini bermakna anak anda mendapat perlindungan percuma sepanjang tempoh perlindungan dan insurans ini berjalan sehingga tempoh matang. Ok cuba kita buat kira-kira sedikit, 

RM100 x 12 bulan (setahun) = RM 1,200.00
RM 1,200.00 x 18 tahun = RM 21,600.00
Dalam jadual pembayaran yang disertakan diatas anggaran pendapatan adalah RM25,930.00

Ini bermakna anda mendapat wang pelaburan anda termasuk dengan dividen dan perlindungan percuma! Untung kan? 

Sekiranya kita menyimpan di bank biasa, seandainya berlaku apa-apa perkara yang tidak di ingini kepada anak anda, anda cuma dapat jumlah simpanan sahaja. Dan tempoh tuntutan amatlah rumit kerana ia akan melalui proses di Amanah Raya Berhad, walaupun jumlah di dalam bank tersebut hanya RM200! Akan tetapi simpanan di MAA Takaful, anda akan mendapat dana hibah RM60,000.00 termasuk wang simpanan, termasuk khairat kematian dan juga upah haji, qurban dan wakaf (bagi yang beragama islam). Dana hibah tersebut akan dibayar terus kepada waris pencarum tanpa melalui Amanah Raya Berhad. Ramai yang tanya kenapa tak melalui Amanah Raya Berhad?? untuk pengetahuan semua, Takaful ini adalah sumbangan, jadi ianya bukan harta yang kita simpan. Jadi tak perlu melalui ARB, kerana ARB hanya melibatkan segala tuntutan harta. Dana hibah ini adalah sumbangan dari penyumbang lain dalam takaful, jadi ia tidak perlu melalui proses pembahagian faraid atau apa-apa proses di ARB. Wang tersebut akan automatik diberi kepada pewaris hibah dalam masa yang sangat singkat.

Perincian Manfaat dari jadual diatas adalah seperti yang saya senaraikan dibawah.
(untuk caruman RM100 Sebulan)


FAEDAH / MANFAAT SUMBANGAN / RM
Pengurusan Pengkebumian (24 Jam) 2,000.00
Meninggal Dunia Dalam Apa Jua Punca 60,000.00
Khairat Tambahan (Badal Haji, Qurban dan Wakaf 5,000.00
Meninggal Dunia Akibat Kemalangan 65,000.00
Meninggal Dunia Akibat Penyakit Kritikal 90,000.00
Hilang Upaya Kekal Sebarang Punca 60,000.00
Hilang Upaya Kekal Akibat Kemalangan 65,000.00
Hilang Upaya Kekal Akibat Penyakit Kritikal 90,000.00
Pampasan 46 Penyakit Kritikal 30,000.00
Pampasan Kemalangan 5,000.00
Elaun Harian Hospital 50 Sehari
Caruman Tahunan 1,200.00
Caruman Suku Tahun600.00
Caruman Bulanan 100.00


Ok sekarang kita dah lihat kebaikan menyimpan dalam MAA Takaful, menarik bukan? so apa tunggu lagi, Marilah menyimpan bersama MAA Takaful. Perlindungan yang terbaik untuk anda. sebarnag pertanyaan, sila hubungi : Nizam 017-633 8088 (call/whatsapp/telegram) untuk maklumat lanjut. 




2 comments:

MaisarahSidi said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

bagus ni..kepada yang nak buat pinjaman ptptn, elok fikir dulu sebelum buat keputusan

My New Blogger said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Salam perkenalan..
saya baru follow awak..

~Admin : My New Blogger~
http://munirahmustafar84.blogspot.my

Post a Comment

TABUNG NUFFNANG