NUFFNANG

Wednesday, November 18, 2015

Terima kasih semua... terima kasih rakyat Malaysia... terima kasih kawan2 group telegram Pencinta Kucing Malaysia...

Asalamualaikum semua.. lama dah tak on pc..  entry pun dah lama tak update.. hehe hari ni tetibe ade banyak masa lak untuk buat entry. walaupun balik dah pkl 12 tgh malam tadi, lepas mandi semua terus segar.. so, terus buka pc dan entry.

Kenape tajuk entry kali ni terima kasih??? terima kasih semua?? terima kasih rakyat Malaysia?? dan terima kasih kawan-kawan group telegram Pencinta Kucing Malaysia?? kenapa?? kenapa?? Ok, macam ni ceritanya. Ingat lagi tak kisah si Sunquick yang aku pernah post dulu?? kat situ ade mention pasal si Tompok a.k.a. kucing yang aku adopt sbb die dtg sendiri kat rumah sampai sunquick merajuk. Alhamdulillah sunquick dah balik.. rupenye merajuk kejap je.. tapi seminggu gak die merajuk. Mengada betul. ok sejak dari tu si Sunquick dan Tompok dah jadi geng.. tapi geng pun tetap si Tompok kene buli ngan Sunquick. Maybe Sunquick nak balas dendam kot.. tatau le pulak. hehe..

Tengok ni kekejaman si Sunquick...

ni proses suaikenal ke buli membuli?? hehe

Ok nak dijadikan cerita, satu pagi tu si tompok datang kat aku macam biase.. sebab lapar...mintak makanan le tu.. tapi kali ni lain macam die mengiau.. macam kesakitan.. time tu tak perasan lagi apa-apa perubahan kat dia.. so bagi la makan macam biasa... lepas dia makan selalunya mesti die duduk kat atas carpet dan jilat tangan, jilat misai dan bulu die.. tu mmg kebiasaan budak 2 ekor nie.. tapi time tu terperasan macam ade benda pelik kat dubur die.. mula-mula ingatkan die buang air besar.. bila tengok dekat baru perasan.. Ya Allah usus die terkeluar... terkejut dan panic jap.. tak tau nak buat apa.. masa tu terus google cari no telefon veterinar kat Melaka. Lepas call doctor veterinar tu ckp maybe tompok kene buasir, rectum die terkeluar. Bila tanya kos rawatan dan pembedahan dia, doktor tu ckp kos dalam RM350.00!! Ya Allah mahalnya, mana lah nak cari duit banyak tu time-time macam ni, Dah la aku kerja freelance part time jual insurans dan jual simkad onexox je. Memang tak ade la duit banyak tu. So aku decide nak biarkan dulu. Mana tau kejap lagi die ok ke kan.. Aku pun keluar dari rumah dan termenung dalam kereta.. Sepanjang perjalanan fikiran teringatkan tompok je.. risau sebab first time kucing sakit macam ni teruk..


Keadaan tompok pagi tu..

Petang tu balik rumah sekejap, sebelum pergi jumpe pelanggan yang nak langgan prepaid onexox yang aku jual, aku pun pergi lah cari tompok nak main-main ngan dia. Tiba-tiba keadaan tompok makin tenat... usus yang terkeluar semakin panjang.. adoi rase nak pitam tengok dia.. kesian sangat-sangat, aku pun belai die sambil bisik kat telinga dia, Aku cakap tompok, sabar ya, insya'Allah ada rezeki nanti aku bawa kau pergi buat rawatan. Tak sanggup tengok keadaan tompok macam tu, sampaikan solat Maghrib pun tak kusyuk, sebak fikirkan tompok. Ye la, siapa tak kesian kan tgk kucing tengah sakit macam tu. Nak buat apa pun tak tenang.. asik teringatkan dia je. Lepas tu sambil drive jumpe customer pun tak tenteram.. jumpe kejap terus balik nak tgk tompok. Hanya Allah je yang tahu perasaan aku time tu. Cuma mampu berdoa supaya tompok sihat cepat.... dan usus dia tu termasuk balik. Malam tu aku tido bergenang air mata fikirkan tompok.. hurm.. tak tau lah hati aku mudah terusik kalau dengan kucing nie. Frust putus cinta pun takde la menangis bagai, masih kental lagi. tapi bila dengan haiwan kesayangan nabi ni, Aku tak boleh, mesti hati aku rapuh... serapuh biskut merie barangkali...

Usus Tompok yang semakin panjang... :'(

Keesokan pagi, bangun pagi je terus tengok Tompok.. ya, tompok dah semakin lembik.. die tak mengiau macam biasa. Time tu aku rasa dah takde semangat nak gi keluar rumah, tapi apekan daya, kalau tak gi cari customer nanti takde duit lak. Pagi tu aku melangkah longlai pergi ke Mydin Melaka sebab kat sana ade buka booth untuk promosi insurans yang aku buat. Walaupun part time, aku kene commit gak, sebab kalau tak nanti kena terminate dan takde income. Sampai je sana aku termenung dan takde mood. Serius, tak tau nak wat ape, so aku post la kisah si tompok ni kat geng telegrem pecinta kucing Malaysia. Tak sangka ramai yang bersimpati dengan Tompok. Atas keprihatinan diorang semua, diorang sepakat nak buat fund untuk tompok. Mulanya aku memang malu.. serius sangat malu, ye la takut dengan perception orang, mana la tau orang ckp apa nanti. Tapi bila fikirkan tompok, aku pun bagi no akaun untuk fund rawatan tompok. Nasib baik lah ada Abg Amarhalim yang menerangkan keadaan sebenar saya pada semua. Terima kasih.. Petang tu aku dah mula ada semangat dan tak sabar nak balik jumpa tompok. Nak bagitau dia bahawa ada hamba Allah yang lain prihatin dengan dia. Malam tu cek akaun dah ada yang beri funds untuk rawatan tompok. Ada juga yang personal mesej bagi kata-kata semangat, dan ada juga yang mesej bagitau dah bank in duit utk tompok.. aku terkedu, tergamam sangat-sangat.. Ya Allah bersyukur sangat, tak sangka ramai rakyat Malaysia yang memang baik dan bermurah hati untuk membantu tompok. Malam tu aku tidur dengan penuh harapan.


Bukti keprihatinan rakyat malaysa yang membantu

Alhamdulillah, pungutan bertambah untuk keesokan harinya.

Hari yang dinanti telah tiba.. Pagi2 aku cek akaun dan ada yang masih bank in kan funds untuk kegunaan Tompok. Alhamdulillah, terima kasih semua, terima kasih Allah.. aku pun terus bangun dan cuci cage tompok, kemaskan dia dan bawa ke clinic veterinar Merlimau. Lepas pendaftaran tompok dimasukkan ke dalam ward dan bilik bedah.. manakala aku tak dibenarkan masuk atau mengambil gambar. Jadi aku tunggu kat luar. Lama la juga, dalam satu jam, sampai doktor keluar dan panggil aku. Doktor cakap tompok tak boleh teruskan pembedahan sebab ada najis kering melekat kat usus tu. Kena tunggu sampai tompok buang air sampai usus dia bersih. Risau nya masa tu.. doktor suruh aku balik dulu dan datang sebelah petang. Aku pun balik dengan seribu harapan agar tompok selamat. Ramai yang tanya dalam group telegrem tu keadaan tompok. dan aku minta semua mendoakan tompok agar selamat. Terima kasih di atas doa anda semua.


Tompok on the way nak gi buat rawatan


Veterinar Merlimau


Bilik rawatan tompok..

Petang tu dalam pukul 3 petang doktor call suruh datang ambil tompok. Sepantas kilat aku ambil kuncu kereta dan drive pergi veterinar Merlimau untuk ambil tompok. Lepas pandang je muka tompok aku tersenyum.. doktor kata tompok dah selamat dibedah.. Alhamdulillah.. Lepas bayar bill rawatan semua, aku pun bawa tompok balik. Oleh kerana aku pergi ke veterinar kerajaan, kos rawatan tidak lah terlalu tinggi seperti veterinar swasta.. jadi ade lebihan wang derma tersebut dan inform pada semua dalam group yang dana untuk tompok ade lebih. Memang nak pulangkan balik. Tapi apa yang membuatkan aku sebak bila semua menolak untuk menerima kembali lebihan dana untuk rawatan tompok. Ya Allah mulianya hati mereka semua. Mereka suruh saya simpan dan gunakan untuk rawatan tompok selanjutnya. untuk vaksin dan makanan tompok. sebab tompok tak boleh makan makanan keras. terpaksa beli makanan lembut.


Petang tu juga lepas hantar tompok balik, aku pergi ke kedai pet shop milik bumiputera kat jasin, nama kedai tu Ar rayyan pet shop kalau tak silap. Kat situ aku urusan dipermudahkan Allah lagi, Owner kedai rekemenkan makanan kucing jenama power cat (buatan bumiputera) dengan harga diskaun. sebungkus dapat diskaun 30sen. jadi aku ambil 2 kotak untuk makanan tompok seminggu. Alhamdulillah segala urusan untuk tompok dipermudahkan. serius aku terharu, terhutang budi dan bersyukur sangat pada semua yang membantu tompok sampai sihat. Jasa anda semua takkan ku lupakan. terima kasih kawan2, kakak2, abang2, dan adik2 yang membantu aku dan tompok.. terima kasih sangat. tak dapat ku balas dengan harta benda, tapi aku doakan gar kalian semua dimurahkan rezeki dan diberkati Allah.. itu saja yang mampu aku balas. Pertama kali dalam hidup aku dapat menempuhi semua ni. Pertama kali dalam hidup ada orang yang tak kenal membantu aku. semuanya pertama kali. sangat tak sangka. Allah telah hadirkan insan2 mulia dalam hidup aku agar dapat membantu aku menempuhi saaat2 getir begini. terima kasih Allah, tak sangka kuasa Allah menggerakkan tompok untuk hadir dalam hidup aku dan memberi dugaan serta penyelesaian yang sangat mudah. kalaulah tompok tak datang ke rumah aku malam tu, aku tak tau apa yang jadi pada dia bila sakit macam ni. Malam tu aku terfikir, perancangan Allah adalah yang sebaik-baiknya. dia beri kita dugaan, kemudian diberi jalan penyelesaian dengan sebaik2nya. Jadi kena bersangka baiklah kepada Allah dalam setiap dugaan. Terima kasih Allah, Terima Kasih Semua, Terima Kasih Rakyat Malaysia, dan yang paling penting sekali terima kasih ahli group Geng Telegram Pecinta Kucing Malaysia.. terima kasih sangat2.. Semoga Allah membalas jasa baik anda semua kerana membantu kehidupan haiwan kesayangan nabi ni untuk terus bernafas di muka bumi ni..

5 comments:

Ummul Azkee said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Bagusnya diorang..tak sia-sia la group tg tu di adakan :')

Furqan Huda said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Alhamdulillah...tq Allah...
Dri group pencinta kucing

Furqan Huda said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Alhamdulillah...tq Allah...
Dri group pencinta kucing

Joe Haz said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

betul2 mudah urusan si tompok :)

Anizz Annisa said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

murah rezeki semua..aminn

Post a Comment

TABUNG NUFFNANG